Berenang Semasa Haid Baik untuk Wanita

by Julia Airenna on May 16, 2013

Berenang Semasa Haid Baik untuk Wanita 300x229 Berenang Semasa Haid Baik untuk Wanita

Berenang Semasa Haid Baik untuk Wanita

Assalamualaikum..buat..sahabat..

KUALA LUMPUR : 16 May, Bertemu kembali bersama Mentari Minda dalam ruangan Santai yang bertajuk ‘Bolehkah Berenang Semasa Haid’. Biasa kita mendengar tentang larangan berenang semasa HAID, persoalannya sekarang ramai wanita yang bekerja sebagai penjaga pantai, penyelam yang berenang ketika mereka dalam keadaan haid.

Perubahan hormon yang terjadi saat haid memberikan rasa sakit dan tidak selesa pada sebahagian perempuan. Namun, wanita dalam haid yang melakukan aktiviti berenang dapat mengurangkan keadaan yg tidak selesa itu. Berenang saat haid merupakan sukan yang berkesan. Menurut majalah Shape, berenang boleh mengurangkan gejala tidak selesa akibat haid, seperti tekanan, keletihan, dan kesakitan.

Berenang juga boleh meningkatkan kualiti tidur. Terapung dalam air juga dapat menahan tubuh serta mengurangkan tekanan punggung sehingga memulihkan sakit belakang yang kadang-kadang timbul saat haid. Hal yang merisaukan bagi wanita berenang semasa haid adalah kebocoran haid ke air. Bagi mencegahnya, wanita

Satu hal yang dikhuatiri untuk berenang saat haid adalah bocornya darah haid ke air. Untuk mencegahnya, wanita perlu menggunakan tampon semasa melakukan aktiviti berenang. Sebahagian tampon direka khas untuk bersenam. Namun, jika tidak biasa menggunakan tampon, wanita mempunyai pilihan seperti menggunakan tuala wanita. Yang penting perlu adakan pakaiaan sokongan agar tidak kebocoran.

Sekiranya masih risau akan kebocoran, cuba cari lokasi untuk berenang seperti laut atau tasik kerana tempat sedemikian agar luas berbanding kolam renang yang biasa, dengan berenang dikawasan seperti ini, kemungkinan kebocoran disedari lebih kecil. icon smile Berenang Semasa Haid Baik untuk Wanita

 

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge